Tokoh Singapura Puji China Berjaya Tangani Wabak

2020-09-08 13:27:40  CRI
Share with:

Koh Chin Yee, Naib Presiden South Seas Society (Singapore) semalam menyanjung tinggi kesungguhan China menangani wabak COVID-19 dengan berkesan, yang dilihat sebagai satu bentuk perlindungan hak asasi manusia.

Koh dalam temu ramah secara bertulis berkata, China mengambil tindakan tegas untuk mengekang penularan wabak dengan apa cara sekalipun kerana kerajaan negara ini sentiasa mengutamakan keselamatan nyawa dan kesihatan rakyatnya. Pengalaman China dalam membendung penularan wabak boleh menjadi rujukan kepada negara lain.

Beliau menambah, penyambungan semula operasi pengeluaran di China sekarang ini amat penting bagi pemulihan rantaian bekalan dan nilai global, khususnya bekalan barang-barang pelindung. Selain itu, pembangunan vaksin COVID-19 di China juga signifikan bagi perjuangan sejagat melawan wabak tersebut.

吕清