Malaysia, China Sedia Tingkat Kerjasama Pertahanan

2020-09-08 13:22:53  CRI
Share with:

Malaysia bersedia bersama dengan pihak China bagi memperhebat kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pertahanan negara, ekonomi dan perdagangan serta pendidikan.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika bertemu dengan Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe di Kuala Lumpur semalam.

Muhyiddin menambah, Malaysia mengungkapkan rasa terima kasih atas bantuan China bagi menjadikan Malaysia salah satu negara yang paling awal berjaya mengawal penularan wabak COVID-19, dan berharap kedua-dua negara terus bekerjasama untuk mengendalikan wabak.

Wei Fenghe berkata, China komited untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pertahanan, dan mahu melihat tercapainya hasil baharu dalam hubungan ketenteraan kedua-dua negara. Menyentuh situasi di Laut China Selatan, China bersedia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia untuk memelihara kedamaian dan kestabilan perairan berkenaan.

吕清