Wang Yi Hadir Sidang Menteri Luar Asia Timur

2020-09-09 14:34:15  CRI
Share with:

Siri Mesyuarat Menteri Luar Asia Timur dijadualkan secara telesidang pada 9 hingga 12 September. Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri mesyuarat berkenaan, atas undangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam taklimat media semalam menyatakan China berharap mesyuarat kali ini dapat memperkukuh hasil perjuangan serantau melawan wabak dan menggalakkan pemulihan ekonomi pasca wabak, agar menjana kestabilan dan pembangunan serantau, dan membuka jalan bagi menjayakan Siri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Asia Timur yang dijadualkan akhir tahun ini.

高蕾