Semangat Lawan Wabak, Penggerak Kuat

2020-09-09 12:42:09  CRI
Share with:

Korban Segalanya Demi Nyawa Rakyat

Ucapan Presiden Xi Jinping pada majlis penganugerahan tokoh-tokoh pejuang melawan COVID-19 pagi semalam bukan sahaja menyimpulkan pengalaman China, tetapi juga menyediakan pemikiran dan rujukan baik kepada negara lain untuk membendung wabak.

Xi dalam ucapannya setelah menyampaikan pingat dan gelaran kehormat kepada tokoh-tokoh berkenaan menyatakan rakyat China telah menempa semangat waja ketika berjuang memerangi wabak yang begitu dahsyat.

“Demi melindungi keselamatan nyawa rakyat, tiada yang tidak sanggup dikorbankan”... begitulah falsafah Parti Komunis China yang sentiasa berpaksikan rakyat. Seperti rumusan Bruce Aylward, penasihat kanan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) susulan tinjauannya pada Februari, pendekatan yang diambil China adalah dengan memanfaatkan segala yang ada untuk menyelamatkan nyawa dengan sedapat mungkin.

Rakyat China yang seramai 1.4 bilion sehati sejiwa berjuang dengan bersatu-padu untuk melawan wabak. Lebih seramai 40 ribu kakitangan perubatan telah dihantar ke Wuhan, lebih empat juta pekerja komuniti bertugas siang dan malam, dan setiap lapisan masyarakat turut memberikan sumbangan.

Penyelidik dari Institut Pengajian Politik dan Ekonomi Serbia, Katarina Zakic amat kagum akan kepaduan rakyat China yang terlihat daripada usahanya secara terselaras.  

Tatkala wabak COVID-19 masih menular di pelbagai negara lain, rakyat China menghulurkan sokongan semampu boleh kepada masyarakat antarabangsa. Antara sokongan itu termasuk menyalurkan dua pakej dana bantuan bernilai USD50 juta (RM209 juta) kepada WHO, menghantar 34 pasukan pakar perubatan ke 32 negara, membekalkan 283 pakej barangan melawan wabak ke 150 negara dan empat pertubuhan antarabangsa, serta mengeksport perkakasan pencegahan wabak ke lebih 200 negara dan wilayah.

Berhadapan perubahan pola dunia yang tidak pernah disaksikan dalam seabad, serta provokasi dan tekanan daripada pihak luar, China akan terus membangunkan negara menuju ke arah sasaran yang ditetapkan. Sepertimana yang dinyatakan Presiden Xi, tiada yang dapat menghalang jejak langkah rakyat China untuk mengecap kehidupan yang lebih indah.

曹捷