China Teguh Junjung Multilateralisme

2020-09-11 13:27:54  CRI
Share with:

Dokumen pendirian yang dikeluarkan Kementerian Luar China semalam sempena ulang tahun ke-75 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menggambarkan komitmen negara ini untuk bersama-sama dunia menjunjung multilateralisme dan menggalakkan pembentukan sebuah komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Pakar menganggap, tatkala dunia sedang mengalami perubahan pola yang tidak pernah disaksikan dalam sedekad, penularan wabak COVID-19 telah mempercepat perubahan itu. Kedamaian dan pembangunan bagaimanapun tetap arus zaman ini. Pernyataan pendirian pihak China itu turut memperlihatkan tekad untuk mendorong pembaharuan struktur PBB demi kemajuan baharu.

Dokumen tersebut menegaskan trend kebangkitan negara-negara pasaran baru muncul dan membangun tidak berubah, begitu juga trend dunia ke arah corak multipolar serta globalisasi ekonomi walaupun prosesnya berliku-liku.

Penyelidik dari Institut Pengajian Hubungan Antarabangsa Kontemporari, Chen Fengying menganggap PBB sentiasa memainkan peranan penting. Berhadapan wabak COVID-19 yang masih menular di seluruh dunia, masyarakat lebih memerlukan solidariti. Namun faham perlindungan, unilateralisme dan tindakan membuli bangkit semula. Malahan, ada politikus dari beberapa negara tergesa-gesa mencari kambing hitam, mencantas hubungan dan menarik diri daripada pertubuhan antarabangsa, tindakan yang menjejaskan kerjasama antarabangsa. Dengan latar belakang ini, dokumen pendirian China itu bertambah signifikan, kerana rakyat sedunia mesti menyedari pentingnya menjunjung multilateralisme dan bersama-sama membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

曹捷