CIFTIS, Saksi Keterbukaan China

2020-09-11 17:24:21  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2020 telah melabuhkan tirainya kelmarin. Sebagai acara ekonomi dan perdagangan antarabangsa pertama yang diadakan sejak tercetusnya COVID-19 di China, pameran itu telah mempamerkan potensi dan daya tarik besar pasaran negara ini.

Sebanyak 22 ribu syarikat dan agensi dari 148 negara, wilayah, pertubuhan antarabangsa, kedutaan besar di China dan majlis perniagaan seberang laut menyertai acara berkenaan secara dalam dan luar talian. Antaranya, 63 perusahaan dan agensi melancarkan hasil selidik dan produk baharu yang mempamerkan model perniagaan dan industri baharu termasuk dagangan digital, telekomunikasi 5G, Internet perindustrian, pejabat pintar dan rantai blok.

Walaupun pameran luar talian sudah berakhir, namun wahana “awan” tetap dibuka. Sementara itu, Pameran Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China (CIFIT) 2020 sedang berlangsung di Xiamen, dan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-3 pula dijadualkan dalam masa dua bulan akan datang.

曹捷