Duterte Ditemui Menteri Pertahanan China

2020-09-12 15:06:56  CRI
Share with:

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah ditemui Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe di Manila semalam.

Menurut Duterte, lawatan delegasi kanan China merupakan yang pertama sejak tercetusnya wabak COVID-19 di negara itu, memperlihatkan sikap kerajaan China yang mementingkan Filipina. Beliau mengucapkan tahniah atas kemenangan China dalam perjuangan melawan wabak dan terima kasih atas bantuan China kepada Filipina. Usaha memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan selaras dengan kepentingan bersama negara serantau. Semua pihak diharap menghormati undang-undang antarabangsa, dan menyelesaikan perselisihan menerusi rundingan.

Wei Fenghe berkata, persahabatan antara China dengan Filipina bersejarah lama. Kedua-dua negara mencapai kemajuan dalam perkembangan hubungan bilateral, dan saling menyokong ketika berhadapan dengan wabak. Tentera kedua-dua pihak diharap memperhebat kerjasama lebih erat dan pragmatik, untuk memastikan kedamaian dan kesentosaan perairan berkenaan.

Pada hari yang sama, Wei Fenghe juga bertemu dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Delfin Lorenzana.

高蕾