Britain dalam Detik Kritikal Lawan COVID-19

2020-09-21 15:00:30  CRI
Share with:

Britain dalam Detik Kritikal Lawan COVID-19_fororder_微信图片_20200921120027

Ketua Pegawai Perubatan (CMO) England, Profesor Chris Whitty dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa keadaan jangkitan wabak COVID-19 di Britain sedang “berkembang menuju ke arah yang salah", dan negara itu kini berada dalam tempoh kritikal melawan pandemik tersebut.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti data-data berkenaan untuk mengkaji kaedah bagi mengawal pemerebakan wabak sebelum musim sejuk yang kemungkinan tercetus gelombang baharu.

Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock dalam satu temu bual pula menyatakan bahawa lebih banyak langkah ketat perlu diambil bagi menghalang wabak itu daripada terus menular.

周乔西