Pompeo Dikritik Campuri Urusan Negara Lain

2020-09-21 14:35:31  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo dikritik cuba mencampuri urusan dalaman Venezuela dan Brazil semasa membuat lawatan ke Amerika Selatan akhir-akhir ini.

Kritikan itu disuarakan oleh Speaker Dewan Rakyat Brazil, Rodrigo Maia dan beberapa pegawai dan tokoh-tokoh politik yang lain termasuk bekas Presiden Brazil, Luis Inacio Lula da Silva, semalam.

Rodrigo Maia berkata, perbuatan Pompeo yang tidak menghormati dan memandang remeh dasar luar bebas Brazil telah melampaui batasan amalan diplomasi.

Dalam agenda di Amerika Latin   bermula 17 hingga 20 September, Pompeo telah melawat ke Suriname, Guyana, Brazil dan Colombia. Setiausaha Negara itu dilaporkan turut menjejak kaki ke negeri Roraima, utara Brazil yang bersempadan dengan Venezuela dan Guyana.

周乔西