Bach: Persiapan Beijing Memberangsangkan

2020-09-22 13:38:22  CRI
Share with:

Bach: Persiapan Beijing Memberangsangkan_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6012_23fb97fe-2070-49cf-906d-e62ffa347612

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach memuji persiapan rapi Beijing menghadapi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Demikian dinyatakan beliau semasa ditemu ramah wartawan Kumpulan Media China (CMG) sempena kiraan detik 500 hari temasya sukan berprestij dunia itu.

Bach menyifatkan kerja-kerja persiapan yang dilakukan Beijing sebagai memberangsangkan biarpun didepani cabaran ekoran penularan COVID-19.

Beliau berkata segala persiapan penuh dengan ciri-ciri China, memaparkan sifat rakyat negara ini yang dinamik dan efisien. Selain ada 800,000 orang memohon untuk menjadi sukarelawan bagi sukan Olimpik musim sejuk berkenaan, keterlibatan dan sokongan perusahaan China dalam temasya itu juga amat impresif.

董筱娉