PBB Beriltizam Wujud Pembangunan Mampan

2020-09-22 12:54:30  CRI
Share with:

Iltizam untuk mewujudkan pembangunan mampan ditekankan lagi dalam perisytiharan yang diluluskan pada persidangan peringkat tinggi sempena ulang tahun ke-75 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam.

PBB dalam perisytiharan itu turut mengulangi komitmen terhadap perlindungan alam sekitar, keamanan, keadilan dan kesaksamaan jantina, selain menegaskan peri pentingnya multilateralisme dan kerjasama antarabangsa.

Di samping berikrar melaksanakan sepenuhnya Agenda Pembangunan Mampan 2030, PBB juga menggesa negara-negara terbabit supaya mematuhi komitmen untuk mengawal pelepasan gas rumah hijau berdasarkan Perjanjian Paris bagi melestarikan mod penggunaan dan pengeluaran.

周乔西