AS Patut Akui Kegagalan Lawan COVID-19

2020-09-23 14:53:34  CRI
Share with:

Saluran berita Fox News dari Amerika Syarikat (AS) dalam satu laporan baru-baru ini mengatakan bahawa kerajaan negara itu seharusnya mengakui kelemahan dan ketidakcekapan dalam mengawal penularan pandemik COVID-19 di dalam negeri.

Bill Gates, pengasas Microsoft Corporation dalam temu bual bersama Fox News mengadu terlalu lambat untuk mendapatkan hasil ujian saringan COVID-19, dan hal ini sememangnya tidak masuk akal.

Beliau berkata, walaupun populasi AS hanya 4% daripada keseluruhan dunia, namun kes jangkitan dan kematian akibat COVID-19 masing-masing menduduki 22% dan 21% daripada jumlah kumulatif global. Satu lagi hal yang sukar dipercayai adalah sampai masa ini, keputusan kit ujian masih tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh 24 jam.

Pengulas ekonomi AS, Dana Milbank pula berkata, Donald Trump tidak melaksanakan sebarang strategi spesifik untuk memacu pemulihan ekonomi dan melawan COVID-19. Presiden itu yang jahil dalam mengendalikan pandemik dan ekonomi, hanya pandai berdusta untuk menyembunyikan ketidakcekapannya.

周乔西