Jasad Korban Perang Korea akan Pulang Tanah Air

2020-09-23 14:11:09  CRI
Share with:

Penghantaran pulang jasad anggota Tentera Sukarela Rakyat China yang terkorban semasa Perang Korea (1950-53) ke tanah air akan dikendalikan Korea Selatan pada 27 September, sepertimana yang disepakati dua negara sebelum ini.

Dilaporkan, satu upacara penghantaran pulang secara rasmi akan diadakan di negara itu pada 26 September.

Kepulangan jasad tersebut dilakukan berasaskan persepakatan dua negara, yang menyaksikan penghantaran sebanyak enam kali bermula dari 2014 hingga 2019 dengan membabitkan 599 jasad perwira warganegara China.

董筱娉