PBB Seru Iltizam Perkukuh Multilateralisme

2020-09-23 14:02:52  CRI
Share with:

Sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-75 dirasmikan di New York pada 22 September.

Presiden UNGA, Volkan Bozkir ketika berucap pada majlis perasmian menyeru agar semua negara beriltizam untuk memperkukuh multilateralisme dan mengiktiraf pencapaiannya.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam ucapannya menerangkan beberapa perkara yang mengancam masa depan umat manusia termasuk pandemik COVID-19, ketegangan geostrategik, krisis perubahan iklim dan ketidakpercayaan antara satu sama lain di lingkungan sejagat.

Guterres juga menggesa pihak-pihak terlibat supaya mengelakkan tercetusnya “perang dingin baharu” dan mengekang “nasionalisme vaksin”.

Dalam sesi perbahasan tersebut, pemimpin-pemimpin dari lebih 170 negara anggota PBB telah menyampaikan ucapan menerusi pautan video berkaitan usaha membendung COVID-19, Agenda Pembangunan Mampan 2030, perubahan iklim serta isu-isu antarabangsa lain yang diberi perhatian bersama.

 

周乔西