Bagaimana China Berjaya Kawal Penularan COVID-19?

2020-09-24 16:48:19  CRI
Share with:

 

Usaha kawalan dan pencegahan wabak COVID-19 telah mencapai hasil yang menonjol ketika ini.

Namun, bagaimanakah China dapat berjaya mengawal penularan wabak? Menurut pandangan media asing, kejayaan China ini didorong oleh pelaksanaan langkah pencegahan yang ketat dan sokongan rakyat.

Laporan oleh majalah Newsweek, Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu tentang pesta kolam renang yang diadakan di bandar Wuhan mencerminkan situasi di China sama sekali berbeza dengan situasi dihadapi terkini di AS dan India.

Menurut laporan tersebut, China berjaya membendung wabak COVID-19 kerana melaksanakan langkah pencegahan yang ketat dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Sementara itu, Bangkok Post, Thailand melaporkan, tiga faktor yang membuatkan China dapat mengawal penularan wabak dalam tempoh tiga bulan adalah menerusi kepimpinan yang tegas dan pantas, sistem kawalan dan pencegahan yang menyeluruh serta sokongan yang luas.

张宪