Penyelewengan Dana Wabak Didedahkan

2020-09-24 14:24:09  CRI
Share with:

Penyelewengan Dana Wabak Didedahkan_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_214c7f40-8991-4c5d-92e1-17aea8324e26

Penyelewengan Dana Wabak Didedahkan_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_add30dc9-18e6-48e3-9d3d-5552f696901e

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat didakwa menyalahgunakan dana bantuan pencegahan wabak COVID-19.

Laporan The Washington Post mendedahkan, dana bantuan sebanyak USD1 bilion (RM4.17 bilion) yang diperuntukkan Kongres pada Mac lalu, didapati diselewengkan oleh Pentagon sebagai "ganjaran” kepada kontraktor-kontraktor kelengkapan pertahanan daripada tujuan mengeluarkan peralatan perubatan seperti pelitup muka.

Sebelum ini, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, Robert Redfield dalam sesi pendengaran Senat minggu lepas berkata, negeri-negeri di seluruh AS memerlukan peruntukan sebanyak USD6 bilion (RM25 bilion) untuk memastikan vaksin COVID-19 diagihkan kepada rakyat awal tahun depan.

董筱娉