Sekatan AS Undang Kritikan di UNHRC

2020-09-24 16:26:42  CRI
Share with:

Wakil pelbagai negara mengkritik sekatan sepihak yang diamalkan AS dengan menganggap ia mencabul hak asasi manusia dan mengekang perkembangan sosioekonomi di negara terbabit.

Kritikan itu dilantangkan bersama dalam mesyuarat ke-45 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), Selasa lalu.

Dalam pada itu, wakil dari beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Iraq dan Mesir menyatakan bahawa sekatan AS menjejaskan hak hidup dan kesihatan rakyat terutamanya golongan wanita, kanak-kanak dan orang kelainan upaya, di samping menyebabkan negara berkenaan sukar mendapatkan bekalan perubatan asas.  

张哲