COVID-19: Pendapatan Pekerja Global Junam

2020-09-24 12:24:07  CRI
Share with:

Pendapatan pekerja seluruh dunia menjunam secara mendadak susulan impak pandemik COVID-19, menurut laporan terkini Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Laporan yang dikeluarkan semalam menganggarkan bahawa pendapatan pekerja global dalam tiga suku pertama tahun ini telah menyusut 10.7% atau USD3.5 trilion (RM14.6 trilion) berbanding tempoh sama tahun lepas. Antaranya, rantau Amerika mengalami penguncupan paling teruk dengan kadar 12.1%.

Ketua Pengarah ILO, Guy Ryder menggesa semua negara supaya segera mengambil tindakan besar-besaran bagi mengatasi dampak COVID-19 terhadap pertumbuhan ekonomi, pembangunan masyarakat dan pengambilan pekerja.

 

周乔西