COVID-19: Angka Korban AS Cecah 200 Ribu

2020-09-24 16:49:35  CRI
Share with:

Setakat pukul lima petang 22 September, waktu timur Amerika Syarikat (AS), kes kematian akibat COVID-19 di seluruh negara itu telah mencecah 200 ribu orang.

Laporan CNN mendedahkan bahawa sejak kes kematian COVID-19 yang pertama dikesan di AS pada 6 Feb, dicatatkan secara purata seramai 858 pesakit COVID-19 maut pada setiap hari.

Jumlah kematian akibat COVID-19 di AS telah melebihi jumlah yang terbunuh dalam lima kali peperangan terdekat dalam sejarah negara itu.

Dalam pada itu, penyelidik tempatan turut menjangkakan sekurang-kurangnya 180 ribu pesakit COVID-19 dijangka akan menemui ajal sehingga 1 Januari 2021.

 

张宪