AS Dibidas Tabur Lagi Fitnah

2020-09-24 14:16:48  CRI
Share with:

China mengemukakan bantahan keras terhadap tindakan pemimpin AS yang memburuk-burukkan imejnya dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas dalam sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-75.

Sambil membidas kelakuan AS yang memutarbelitkan fakta, Misi Tetap China ke PBB berkata China telah melaporkan situasi kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaik sahaja wabak COVID-19 dikesan, di samping berkongsi urutan genom virus itu dengan pelbagai negara seawal mungkin. Kerja-kerja pembendungan wabak yang dilakukan kerajaan China adalah terbuka dan telus, dapat dilihat jelas daripada data-data berkenaan.

AS memiliki teknologi perubatan yang paling maju, namun menjadi negara yang paling teruk terkesan akibat COVID-19 dengan merekodkan lebih 6 juta kes jangkitan dan 200,000 kematian.

Perbuatan AS yang mencela dan mengundurkan diri dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menjejaskan sinergi global untuk menewaskan wabak, yang bukan sekadar melukai rakyat sejagat, malah akan mengundang padah kepada diri sendiri.

周乔西