Vaksin COVID-19 China Pamer Kestabilan

2020-09-25 12:31:19  CRI
Share with:

Calon sukarelawan dari Rusia yang menerima vaksin COVID-19, Ad5-nCov yang dikaji dan dibangunkan China, tidak mempamerkan sebarang rekasi negatif setakat ini.

Menurut syarikat penghasil perubatan Petrovax dari Rusia, pihaknya telah mengesahkan mengadakan ujian klinikal vaksin tersebut pada Ogos lalu dan Ad5-nCov sedang memasuki ujian fasa ketiga di Rusia ketika ini.

Kesemua sukarelawan yang mengambil vaksin itu akan diselia kawal dalam masa kuarantin selama 28 hari, dan kemudiannya dianalisis daya imun mereka.

Dimaklumkan lagi, syarikat tersebut telah menerima 3,000 permohonan, dan pengambilan sukarelawan sedang diteruskan.

Pihaknya akan menghasilkan vaksin jenis itu secara rasmi apabila ujian berkenaan berjaya, dengan kapasiti bulanan mencapai lebih 4 juta dos pada hujung tahun ini, dan mencecah 10 juta dos pada 2021.

高蕾