Seru Perkasa Kerjasama Perangi Keganasan

2020-09-25 18:04:04  CRI
Share with:

Seminar yang bertemakan usaha membanteras keganasan dan ekstremisme demi menjamin hak asasi manusia diadakan secara dalam talian baru-baru ini.

Wakil tetap China ke Geneva, Chen Xu ketika berucap dalam seminar itu menyeru masyarakat antarabangsa supaya memupuk kesedaran komuniti berkongsi nasib sesama insan dan menggalakkan multilateralisme, di samping mempergiat kerjasama bagi meningkatkan kemampuan pelbagai negara khususnya negara membangun dalam memerangi kegiatan pengganas dan ekstremis, serta melindungi hak asasi manusia.

Duta Besar Cameroon ke Geneva, Eheth Salomon berkata, ekstremisme dan keganasan merupakan musuh bersama yang dihadapi semua negara. Anggota-anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) harus memperkasakan kerjasama bagi menangani ancaman tersebut.

张哲