Nature: Dunia Perlu Pelajari Pengalaman China Dalam Pemeliharaan Kepelbagaian Biologi

2020-09-25 17:08:06  CRI
Share with:

Nature: Dunia Perlu Pelajari Pengalaman China Dalam Pemeliharaan Kepelbagaian Biologi_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6012_e35fca85-fa45-4db3-9f14-152cdd603f68

Majalah Nature, Britain dalam satu rencana yang diterbitkan kelmarin menyatakan bahawa China telah memainkan peranan penting dalam pengawalan kepelbagaian biologi global, manakala pengalaman berharga didapati daripada saintis China seharusnya didengari seluruh dunia.

 

Sidang Pemeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi ke-15 (COP15) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bakal diadakan di Kunming, China pada 2021 dan “rangka kepelbagaian biologi pasca 2020” dijadual akan dibincangkan dalam sidang tersebut, sekali gus ditetapkan sebagai matlamat baharu untuk tempoh 2021 hingga 2030.

 

Selain itu, rencana tersebut juga menyebut bahawa China mempunyai pengalaman selama berpuluh tahun dalam kajian untuk mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan mengawal kehilangan spesies dan ekologi, yang dijangka akan membawa manfaat bagi usaha pemeliharaan kepelbagaian biologi seluruh dunia.

 

张宪