Krisis Sekunder Wabak, Puluhan Juta "Lapar"

2020-09-25 12:33:16  CRI
Share with:

Seiring dengan penularan COVID-19 dan kenaikan jumlah kes positif dan kematian, kerajaan Amerika Syarikat (AS) terpaksa terdepan dengan krisis sekunder setelah gagal mengawal wabak sekali gus mencuri tumpuan media Britain dan AS terhadap masalah kelaparan.

Menurut laman sesawang Financial Times Britain kelmarin, jumlah warga kelaparan di AS sedang bertambah dan kebanyakan daripadanya adalah kanak-kanak.

Untuk rekod, populasi “tanpa jaminan makanan” mungkin akan bertambah sebanyak 17 juta pada tahun 2020, iaitu kepada 54 juta daripada 37.2 juta sebelum penularan wabak.

Sementara itu, akhbar The New York Times melaporkan, agensi kebajikan di Houston telah memberikan makanan kepada 2,000 orang dalam tempoh 6 jam sementara kompleks perumahan tempatan telah menyediakan 257,000 kilogram makanan pada 2019, manakala 239,000 kilogram pada 18 Mac hingga 6 Julai tahun 2020.

Dalam pada itu, The Wall Street Journal pula mengulas, pengangguran, kelewatan dasar keutamaan, kekurangan pembekalan dan kenaikan harga makanan membantu merumitkan lagi masalah kelaparan.

高蕾