Usaha China Basmi Kemiskinan Dapat Sanjungan

2020-09-25 17:42:51  CRI
Share with:

Telesidang bertemakan pembasmian kemiskinan dan penjaminan hak asasi manusia diadakan dalam tempoh mesyuarat ke-45 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) baru-baru ini.

Telesidang itu dianjurkan oleh Misi Tetap China ke  Pejabat PBB di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland bersama Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS), disertai diplomat pelbagai negara termasuk Malaysia, Iran dan Venezuela.

Dalam pada itu, para hadirin memberi penghargaan tinggi terhadap usaha membasmi kemiskinan di China yang dianggap sumbangan signifikan kepada kemajuan hak asasi manusia dunia.

Menurut statistik daripada Bank Dunia, sumbangan China untuk usaha membasmi kemiskinan global melebihi kadar 70% sejak penubuhan Republik Rakyat China pada 1949.

张哲