PBB: Elak Keretakan, Tingkat Solidariti

2020-09-25 13:43:39  CRI
Share with:

Semua negara perlu berusaha bersungguh-sungguh ke arah mengelak berlakunya keretakan dan pertelingkahan, ujar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semasa perbincangan secara maya dengan pemimpin negara-negara anggota.

Guterres mengingatkan semua pihak bahawa dunia ketika ini tidak mampu menanggung konsekuensi akibat perpecahan China dengan AS. Perbalahan dua negara itu dalam bidang teknologi dan ekonomi berkemungkinan berubah menjadi konflik geopolitik dan ketenteraan. Beliau menggesa supaya mengelak situasi seumpama itu daripada berlaku dengan apa jua cara.

Tegas beliau, adalah penting sekali bagi masyarakat antarabangsa meningkatkan solidariti dan sentiasa berjaga-jaga untuk memantau situasi wabak COVID-19 di serata dunia.

董筱娉