Fitnah Wakil AS ke PBB Dibidas China

2020-09-25 12:29:30  CRI
Share with:

Beijing membantah sekerasnya kata kesat yang dilemparkan AS ke atas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan China.

Kritikan itu disuarakan menerusi Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun ketika berucap pada sidang video Majlis Keselamatan bagi tadbir urus global semalam.

Zhang berkata, kebanyakan anggota Majlis Keselamatan menggesa supaya semua pihak mempertahankan multilateralisme serta meningkatkan solidariti dan kerjasama, yang memaparkan konsensus umum masyarakat antarabangsa. Namun, muncullah suara yang mengacau suasana bersidang. Nampaknya segelintir politikus AS sengaja memburuk-burukkan reputasi negara-negara lain serta agensi PBB. Kelakuan itu tidak berguna sedikit pun bagi mengendalikan COVID-19 dalam negeri, malah mengganggu usaha sama memerangi wabak di peringkat global.

董筱娉