Hitam Dikatakan Putih oleh Politikus AS

2020-09-26 16:24:52  CRI
Share with:

Pemimpin AS melemparkan lagi tohmahan tidak berasas terhadap China, kali ini menyasarkan usaha China dalam menjaga alam sekitar termasuk atmosfera dan lautan.

Dalam Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-75, pemimpin berkenaan mendakwa bahawa AS barulah penyumbang kepada perlindungan alam sekitar global, selain menyatakan rasa bangganya kerana berundur dari Perjanjian Paris.

Kenyataan yang putar alam itu sememangnya tidak masuk akal, mendedahkan segelintir politikus AS sudah menjadi ancaman besar bagi perlindungan ekologi sejagat.

Pada 2018, pelepasan karbon dioksida di China bagi seunit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun sebanyak 45.8% berbanding 2005.

Dalam UNGA kali ini, Presiden Xi Jinping menyatakan China menyasarkan untuk mencapai kemuncak pengeluaran karbon dioksida sebelum 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang 2060.

Sikap sebaliknya ditunjukkan AS, negara yang pelepasan gas rumah hijaunya paling banyak di dunia. Negara itu bukan sahaja tidak meratifikasikan Protokol Kyoto, malah berundur diri Perjanjian Paris, perbuatan yang menjejaskan sinergi global untuk mengatasi perubahan iklim.

Selaku pengeksport sisa pepejal terbesar di dunia, AS telah menjadikan negara-negara membangun tapak pelupusan sampah sarapnya, tindakan yang membawa kerosakan besar kepada persekitaran global.

Sejak 2017, kerajaan Donald Trump dilaporkan telah melonggarkan pelaksanaan lebih 100 peraturan dan undang-undang berkaitan pemuliharaan alam sekitar.

周乔西