Sokongan Padu kepada China di UNHRC

2020-09-26 15:21:37  CRI
Share with:

Wakil-wakil dari negara membangun menyuarakan sokongan kuat kepada China berhubung isu Hong Kong dan isu Xinjiang sepanjang perbahasan umum pada mesyuarat ke-45 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva semalam.

Wakil Myanmar menyatakan, amalan dwistandard dan cubaan mempolitikkan sesuatu oleh sesetengah negara mencemari usaha gigih kerajaan China dalam menyelesaikan isu-isu berkenaan, seperti tindakan menghapuskan keganasan dan memerangi ekstremisme di Xinjiang, serta langkah-langkah memulihkan ketenteraman di Hong Kong. Myanmar menggesa semua pihak supaya jangan menyalahgunakan UNHRC atas niat politik.

Wakil dari Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) merayu kepada negara terbabit supaya segera berhenti mencampuri urusan dalaman China dengan mempergunakan isu Hong Kong dan isu Xinjiang.

Dalam pada itu, Kemboja juga menegaskan, kedamaian dan keselamatan merupakan prasyarat bagi menikmati hak asasi manusia dan mewujudkan pembangunan lestari. Negara itu berharap agar pihak berkenaan dapat menerima dan mengaku hakikat sebenar di Xinjiang dan berhenti campur tangan dalam urusan dalaman China.

董筱娉