Jepun Tekad Adakan Sukan Olimpik Tahun Depan

2020-09-27 15:36:05  CRI
Share with:

Perdana Menteri Jepun yang baharu mengumumkan negara itu bertekad untuk mengadakan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo pada musim panas tahun 2021.

Suga Yoshihide ketika menyampaikan ucaptamanya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin berkata tekad itu adalah lambang kepada kemenangan manusia dalam perjuangan dengan wabak COVID-19.

Turut dilaporkan juga, dua kemajuan signifikan telah dicapai pada minggu ini iaitu Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo dan Jawatankuasa Penganjur Olimpik Antarabangsa (OIC) telah memeterai perjanjian fasa pertama untuk mempermudahkan temasya itu, manakala draf langkah pencegahan dan pengawalan wabak berkenaan juga telah disiarkan..

高蕾