Tiada Moral Amal Pembulian Ekonomi

2020-09-27 14:55:36  CRI
Share with:

Perjanjian yang dimeterai antara ByteDance dengan Oracle Corp. dan Walmart Inc. berhubung masa hadapan platform penstriman video, TikTok dilihat tidak adil sama sekali dan berpihak kepada AS. Sudah jelas syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian ini menunjukkan cara pembulian Washington. Sifat perampas politikus negara itu lebih terserlah apabila gagal memperoleh keuntungan daripada persaingan yang sah. Mereka sudah kehilangan moral.

Lantaran itu, Beijing telah bertindak balas dan syarikat berkenaan berikrar tidak akan tunduk kepada pembulian AS.

Pada hakikatnya, modus operandi yang dimainkan AS untuk mengharamkan operasi TikTok tidak asing lagi di depan mata dunia. Bermula dari cubaan-cubaan seperti menyekat syarikat Jepun, Toshiba yang menjadi pelopor dalam sektor semikonduktor pada era 1980an, memecahkan pengendalian syarikat Perancis, Alstom yang terkemuka dalam sektor pembuatan, hingga mengekang syarikat China, Huawei. Kesemua tindakan AS itu adalah untuk mengekalkan dominasinya dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi.

Keterbukaan dan kesalinghubungan menjadi arus utama dunia ketika ini. Mana-mana negara tidak dibenarkan untuk mengamalkan monopoli, melaksanakan dasar hegemoni ataupun cara pembulian. China menolak perjanjian serupa itu yang menjejaskan keselamatan negara, menjatuhkan maruah bangsa dan mengganggu perkembangan berpanjangan syarikat berkenaan. Keazaman Beijing itu bukan sahaja untuk mempertahankan kepentingan sendiri, malah juga bersuara untuk negara-negara dan syarikat lain yang pernah terkena pembulian ekonomi oleh AS.

董筱娉