3,500 Syarikat Saman Kerajaan Trump

2020-09-27 17:19:06  CRI
Share with:

3,500 Syarikat Saman Kerajaan Trump_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6012_ce6a1409-5a75-4cd0-ac72-e030e340c993

3,500 Syarikat Saman Kerajaan Trump_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6012_72c653c7-654d-41c8-b01d-5db4d905defd

3,500 Syarikat Saman Kerajaan Trump_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6016_61e9991a-fbfd-493f-a857-95909f20c41e

Sebanyak 3,500 buah syarikat Amerika Syarikat (AS) menyaman kerajaan Donald Trump dalam tempoh dua minggu ini berhubung tarif tambahan ke atas barangan keluaran China bernilai lebih USD300 bilion, yang disifatkan sebagai tidak sah.

Syarikat terbabit termasuk pengeluar automotif Tesla, Ford Motor, syarikat penjual runcit, Target Corporation, syarikat farmasi runcit rantaian, Walgreen dan syarikat peruncitan pembaikan rumah, Home Depot.

Mereka dalam tuduhan yang telah difailkan di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa (CIT) AS mencela Wakil Perdagangan, Robert Lighthizer dan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) berulang kali menaikkan tarif terhadap produk China sehingga meruncingkan pergeseran perdagangan antara dua negara.

Menurut laporan akhbar The Guardian Britain, Tesla berharap CIT di New York menghakimi tarif tambahan yang dikenakan AS sebagai tarif haram, sementera menuntut duti kastam yang telah dibayar bagi barangan import berkenaan dikembalikan, berserta faedah.

周乔西