Tokoh Dunia Sambut Baik Ucapan Xi Jinping

2020-09-27 12:16:42  CRI
Share with:

Tokoh Dunia Sambut Baik Ucapan Xi Jinping_fororder_1

Ucapan Presiden China, Xi Jinping pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-75 pada 22 September lalu mendapat sambutan baik daripada tokoh-tokoh pelbagai negara.

Tokoh Dunia Sambut Baik Ucapan Xi Jinping_fororder_2

Kenyataan Presiden Xi berhubung “kampung bumi” dan “manusia berkongsi nasib”, pengamal media yang terkenal di Kemboja, Lim Cheavutha berpendapat bahawa, satu-satunya jalan penyelesaian dalam berhadapan isu kesihatan awam global adalah dengan bersatu-padu dan bekerjasama.

Beliau berkata, China yang telah menderma peralatan pencegahan wabak COVID-19 dan menghantar pasukan pakar perubatan ke Kemboja telah memainkan peranan yang aktif bagi mencegah dan mengawal wabak di negaranya.

Tokoh Dunia Sambut Baik Ucapan Xi Jinping_fororder_y

Sementara itu, mantan Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama pula berkata, jika setiap negara mempunyai prinsip “mengutamakan kepentingan negara sendiri”, pasti akan menanggung rugi secara sendiri.

Menurut Hatoyama, dalam era yang berorientasikan globalisasi, kedegilan untuk memutuskan hubungan dengan negara lain hanya akan melahirkan pengaruh negatif kepada pemulihan ekonomi dunia selepas wabak ditewaskan.

Tokoh Dunia Sambut Baik Ucapan Xi Jinping_fororder_3

Dalam pada itu, mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Korn Dabbaransi menyatakan, China sentiasa memelihara kerjasama dengan pelbagai negara dan telah menjalankan kewajipan sebagai anggota PBB.

Katanya, China telah melaksanakan semua projek yang dijanjikan dengan bersungguh-sungguh, menghulurkan bantuan kepada negara anggota lain yang memerlukan melalui pelbagai pertubuhan antarabangsa.

Jelas Korn, tindakan tersebut telah membuktikan China bersedia mengembangkan ikatan persahabatan dan kerjasama dengan negara lain serta tidak mahu bersengketa dengan sebarang negara.

曹捷