CGTN Siarkan Dokumentari Ulang Tahun Ke-75 PBB

2020-09-28 15:50:40  CRI
Share with:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pasca Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 yang merupakan titik perubahan bagi sejarah kemanusiaan.

Dalam tempoh 75 tahun lalu, PBB mengalami pelbagai cabaran termasuk pemecahan, konflik dan krisis. Adakah PBB berjaya menyelesaikan misinya? Bagaimanakah proses pengoperasian dan apakah hala tujunya selepas ini?

Sempena ulang tahun ke-75 tertubuhnya PBB, Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) telah menerbitkan dokumentari khas untuk menyingkap kembali sejarah perkembangan PBB dan memandang masa depannya.

徐国玮