AS Tindas TikTok, Tidak Selaras Trend Globalisasi

2020-09-28 11:31:20  CRI
Share with:

Donald Trump melarang penggunaan aplikasi media sosial TikTok melalui kaedah administratif disifatkan penindasan dengan kuasa negara yang tidak bermoral.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menindas syarikat China seperti TikTok dengan alasan “keselamatan negara”, sebenarnya perbuatan demi fahaman pelindungan yang tidak selaras dengan trend globalisasi dan persaingan bebas.

Demikian konsensus ramai tokoh terkemuka di seluruh dunia.

Peguam dari satu pejabat peguam AS, Squire Patton Boggs yang menguruskan hal ehwal operasi syarikat dan pelaburan antara AS dengan China berpendapat bahawa tindakan AS menyasarkan TikTok akan menimbulkan kebimbangan syarikat teknologi canggih yang lain terhadap keterbukaan pasaran AS. Sekiranya kerajaan AS meneruskan perbuatan seumpama itu, daya tarikan pasaran AS akan terjejas.

Ahli ekonomi dari Institut Pengajian Sosioekonomi Negara Britain (NIESR), Mao Xuxin menyatakan setahu umum bahawa TikTok mematuhi undang-undang, dan cara operasinya sama dengan Facebook dan Twitter. Penindasan AS pasti akan mengurangkan persaingan pasaran, dan tujuan sebenarnya adalah untuk meningkatkan kedudukan syarikat AS sendiri dalam pasaran.

 

张宪