Bekalan Elektrik Terputus di California

2020-09-28 13:40:44  CRI
Share with:

Bekalan Elektrik Terputus di California_fororder_AS

Media tempatan Amerika Syarikat (AS) pada semalam melaporkan Syarikat Gas dan Elektrik Pasifik (PG&E) mengumumkan akan memutus bekalan elektrik di 16 kaunti yang melibatkan 89,000 keluarga di negeri itu.

Menurut PG&E, tindakan itu dilaksanakan untuk mengelakkan daripada berlakunya kebakaran akibat cuaca berangin dan kering.

Sementara itu, Perkhidmatan Cuaca Negara (NWS) dalam amaran yang dikeluarkan pada Sabtu lalu menyatakan cuaca berangin dan kering menjadikan sesetengah kawasan di negeri itu menghampiri tahap terbakar.

覃淼