Xinjiang Tenteram, Politikus AS Sia-sia

2020-09-28 14:47:12  CRI
Share with:

Dalam simposium pusat ke-3 mengenai kerja-kerja berkaitan Xinjiang yang diadakan di Beijing baru-baru ini, Presiden China, Xi Jinping telah menyimbulkan prestasi yang tercapai Xinjiang dalam pembangunan sosioekonomi sejak berlangsungnya simposium ke-2 pada tahun 2014, dan membuat garis panduan yang menyeluruh bagi mengekalkan kestabilan dan ketenteraman Xinjiang untuk jangka masa yang panjang.

Pada tahun 2014 hingga 2019, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Xinjiang meningkat 7.2% purata setiap tahun, yang lebih tinggi berbanding taraf purata seluruh negara, manakala pendapatan perkapita penduduk meningkat 9.1% purata setiap tahun. Serentak itu, kadar kemiskinan menurun daripada 19.4% kepada 1.24% dan dijangka semua penduduk yang miskin akan dapat membebaskan diri dari belenggu kemiskinan menjelang penghujung tahun ini. Dalam tempoh enam tahun lalu, kerajaan pusat telah memperuntukkan lebih RMB2 trilion (RM1.22 trilion) untuk menyokong pembangunan Xinjiang. Semua data statistik tersebut dapat membuktikan bahawa pembangunan sosioekonomi Xinjiang telah mencapai kejayaan yang belum pernah ada pada masa dahulu, sekali gus menjadikan penduduk dari pelbagai etnik yang terlibat dalam pembangunan itu berasa semakin bahagia dan selamat.

Presiden Xi dalam simposium tersebut menyatakan, kelebihan Xinjiang dari segi geografi perlu dimanfaatkan, dan pelaksanaan dasar pintu terbuka di wilayah itu perlu diselaraskan dengan pelaskanaan strategi pintu terbuka negara. Ini patut dijadikan tugas utama dalam pembangunan Xinjiang pada masa depan.

Selaku zon teras Jalur Ekonomi Jalan Sutera, Xinjiang setakat ini telah mengoperasikan lebih 3,700 larian kereta api China-Eropah, iaitu secara puratanya meningkat lebih 80% setiap tahun. Serentak itu, Xinjiang telah membuka laluan penerbangan dengan 25 buah bandar di 17 buah negara serta 88 buah bandar domestik. Tahap keterbukaan Xinjiang akan terus dipertingkatkan. Ini akan menjadi jaminan yang kuat bagi mewujudkan ketenteraman dan pembangunan yang berkekalan di Xinjiang untuk jangka masa yang panjang.

Namun, berhadapan kejayaan pembangunan Xinjiang tersebut, selalu ada  segelintir politikus AS memutarbelitkan fakta yang benar dengan alasan isu hak asasi manusia, etnik dan agama. Dalam sesi perdebatan umum mesyuarat ke-45 Dewan Hak Asasi Manusia PBB yang diadakan pada 25 September lalu, wakil dari pelbagai negara menyampaikan ucapan untuk menyokong China dan menggesa negara berkenaan menghentikan campur tangan terhadap urusan dalaman China seperti isu Xinjiang.  

Cubaan sesetengah politikus AS yang berniat memecahbelahkan China,  pasti akan sia-sia sahaja disebabkan mendapat bantahan keras daripada rakyat China. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh menghalang rakyat Xinjiang yang berbilang kaum dalam usaha mewujudkan kestabilan dan ketenteraman masyarakat untuk jangka masa yang panjang.

曹捷