AS, Udang di Balik Batu

2020-09-29 14:39:36  CRI
Share with:

Mahkamah Persekutuan Daerah Columbia Washington mengadil kelmarin untuk menangguhkan penguatkuasaan perintah pembatalan TikTok dari kedai aplikasi mudah alih domestik yang diarahkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Menurut Radio Publik Kebangsaan (NPR), dalam testimoni pada hari yang sama, peguam bela TikTok menyifatkan penutupan aplikasi yang mempunyai 100 juta pengguna itu langkah yang mencabuli kebebasan bersuara khalayak ramai.

Menyentuh dakwaan tentang 'keselamatan negara', peguam bela itu membalas, tiada bukti ancaman daripada TikTok yang selalu dipandang oleh kerajaan AS dalam keadaan 'permusuhan politik'. Larangan berkenaan adalah kawal selia yang tidak sesuai terhadap "tingkah laku telekomunikasi peribadi", dan juga pertimbangan politik yang bersangkutan dengan pilihan raya yang akan datang.

Menurut laporan The New York Times pula, Agensi Perisikan Pusat (CIA) telah menyiarkan keputusan bahawa tiada bukti yang menunjukkan kerajaan China mendapat data pengguna menerusi aplikasi terbabit.

Sebenarnya, kerajaan AS justeru 'udang di balik batu', dan tujuannya yang tersembunyi adalah untuk memperoleh hak kawal dan teknologi kunci TikTok dengan dalih 'keselamatan negara'.

高蕾