AS Diharap Hormati Hukum Ekonomi

2020-09-29 13:03:42  CRI
Share with:

China menentang keras perbuatan Amerika Syarikat (AS) yang bersifat membuli yang mengeneralisasikan konsep 'keselamatan negara' , dan menyalahgunakan jentera negara dalam tindakan menindas syarikat negara lain. AS diharap menghormati hukum ekonomi pasaran, persaingan adil, mematuhi peraturan perdagangan antarabangsa, dan menyediakan persekitaran perniagaan yang adil dan terbuka tanpa diskriminasi kepada pelabur asing.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang taklimat semalam, susulan Mahkamah Persekutuan Daerah Columbia Washington menggantung sementara perintah larangan muat turun aplikasi TikTok di negara terbabit.

高蕾