Fail AS Dianggap Timbul Kesalahfahaman atas Kes Meng Wanzhou

2020-09-29 11:09:55  CRI
Share with:

 

Mahkamah Agung British Columbia Kanada telah mengadakan perbicaraan mengenai kes Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou semalam. Krew panel peguam Meng akan terus mendakwa bahawa jika Meng diekstradisi, ia akan menjadi penyalahgunaan prosedur  penguatkuasaan undang-undang Kanada.

Pendawaan krew panel peguam Meng Wanzhou terdiri daripada tiga aspek. Pertama, sifat politik dalam kes ini  ditentukan oleh sikap yang ditunjukkan oleh tokoh politik peringkat tinggi Amerika Syarikat (AS); kedua, pihak penguatkuasa undang-undang Kanada melanggar peraturan berkenaan sewaktu melakukan penahanan terhadap Meng di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver; ketiga, sebahagian fail termasuk catatan kes yang diserahkan pihak AS kepada Kanada dianggap menimbulkan kesalahfahaman ekoran “terdapat kelalaian dan pentafsiran yang salah”.

张宪