Syarikat Automobil Asing Penuh Yakin terhadap Pasaran China

2020-09-29 14:09:06  CRI
Share with:

Syarikat Automobil Asing Penuh Yakin terhadap Pasaran China_fororder_1601290071313_96_826x460

Pameran Automotif Antarabangsa Beijing ke-16 (Auto China 2020) telah dirasmikan pada 26 September lalu. Walaupun tertangguh ekoran wabak COVID-19, pameran yang asalnya dijadualkan pada April ini tetap menarik penyertaan banyak perusahaan automobil yang bertaraf dunia dan turut menjadi tumpuan media asing.

AP (Associated  Press) melaporkan bahawa penjualan automobil di China, pasaran automobil terbesar di dunia, telah pulih kepada taraf sebelum tercetusnya wabak COVID-19. Bagaimanapun, pengilang dan pengusaha automobil di Amerika Syarikat dan Eropah yang permintaannya masih lemah, sedang berusaha untuk mengatasi kerugian yang bernilai beberapa bilion dolar Amerika.

Syarikat Automobil Asing Penuh Yakin terhadap Pasaran China_fororder_1601290166661_273_818x162

Jochen Goller, Pengurus Besar merangkap Ketua Eksekutif Rantau China Kumpulan BMW menyatakan bahawa Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2020 menandakan harapan.

Syarikat Automobil Asing Penuh Yakin terhadap Pasaran China_fororder_1601290362387_585_832x577

Baru-baru ini, S&P Global Ratings meramalkan bahawa penjualan automobil sejagat pada tahun ini menurun kira-kira 20%. Namun, pasaran China berkemungkinan memulihkan pertambahan dengan berlahan-lahan untuk suatu jangka masa yang panjang, dan penjualan automobil tenaga alternatif akan naik semula pada setengah tahun kedua tahun ini. Dijangka menjelang penghujung tahun 2022, pasaran China akan merupakan satu-satunya pasaran yang memulihkan penjualan yang setaraf dengan tahun 2019. 

曹捷