35 Ribu Kakitangan Industri Penerbangan AS Bakal Menganggur

2020-09-30 12:31:56  CRI
Share with:

Menurut media Amerika Syarikat (AS), kira-kira 35 ribu kakitangan industri penerbangan berkemungkinan menghadapi masalah terpaksa bercuti atau kehilangan kerja di negara itu bermula Oktober.

Penganalisis berpendapat, industri penerbangan AS sedang menghadapi krisis tidak pernah dilihat sebelum ini dan mengalami kejatuhan paling buruk selepas serangan pengganas 11 September.

The Washington Post melaporkan, susulan wabak COVID-19 yang tidak reda di AS, kakitangan syarikat penerbangan menjadi golongan paling terjejas.

United Airlines dan American Airlines masing-masing telah mengeluarkan arahan cuti wajib kepada 40 ribu kakitangan, manakala 17 ribu kakitangan meletakkan jawatan secara sukarela akibat tekanan.

Sementara itu, terdapat juga kakitangan dari Southwest Airlines yang terpaksa bersara lebih awal, dan lebih 4,200 kakitangan meninggalkan kerja selepas mendapat pampasan.

Terdahulu, Kongres AS menyatakan akan memberikan bantuan kepada industri penerbangan. Namun perjanjian berkenaan gagal tercapai.

覃淼