Pakar Asing: Kejayaan Besar Tercapai Xinjiang dalam Pembangunan

2020-09-30 14:14:02  CRI
Share with:

Simposium pusat ke-3 mengenai kerja-kerja berkaitan Xinjiang telah diadakan di Beijing pada 25 hingga 26 September lalu. Sejumlah pakar dan sarjana asing menganggap bahawa kerajaan China yang sejak sekian lama berusaha mendorong pembangunan Xinjiang, mencapai kejayaan yang amat besar dalam pembangunan sosioekonomi dan peningkatan taraf kehidupan rakyat tempatan.

Dekan Institut Pengurusan Modal Insan Pakistan, Naim Buhari berkata, ramai penduduk Xinjiang berjaya membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan atas bantuan kerajaan pusat yang memberikan peruntukan dalam bilangan yang besar kepada pembangunan tempatan. Dasar pentadbiran Xinjiang yang diambil Parti Komunis China amat berkesan, terbukti dengan perubahan luar biasa yang dibawa kepada Xinjiang, dan banyak peluang pekerjaan yang disediakan kepada penduduk tempatan dalam pelaksanaan sejumlah besar projek kejuruteraan.

Timbalan Pengarah, Institut Ekonomi Dunia dan Hubungan Antarabangsa, Akademi Sains Rusia, Alexander Lomanov menyatakan, kerajaan China sentiasa mendorong pembangunan Xinjiang dengan pelbagai langkah yang dilihat boleh menjadikan penduduk Xinjiang mendapat pendidikan dan perubatan yang baik, dan meningkatkan kemahiran profesion sehingga memperoleh pendapatan yang lebih banyak.

Pakar Masalah China dari Perancis, Sonia Bressler pernah melawat Xinjiang beberapa kali dan menerbitkan beberapa buku mengenai Xinjiang. Beliau yang pernah menyaksikan pembangunan pesat dan perpaduan antara pelbagai etnik di Xinjiang, menghargai tinggi dasar agama kerajaan China di Xinjiang.

曹捷