Disneyland akan Berhentikan 28 Ribu Kakitangan

2020-09-30 12:37:31  CRI
Share with:

Taman tema Disney mengumumkan keputusan terkininya untuk memberhentikan 28 ribu kakitangannya di Amerika Syarikat (AS).

Memetik kenyataan rasmi, meskipun keputusan untuk memberhentikan 25% kakitangan tersebut adalah menyedihkan, namun ia tidak dapat dielakkan.

Dalam pada itu, sejak Gabenor California, Gavin Newsom menolak pengoperasian semula Disneyland di negeri itu, terdapat 31 ribu kakitangan syarikat tersebut diberikan cuti tanpa gaji.

Walaupun Disneyland di Florida telah dibuka semula, jumlah pengunjung jauh lebih rendah berbanding jangkaan.

覃淼