FAO Seru Elakkan Penghilangan dan Pembaziran Bijirin

2020-09-30 14:15:20  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Qu Dongyu berkata semalam, penghilangan dan pembaziran bijirin merupakan cabaran yang amat besar pada zaman ini, namun cabaran ini boleh disahut dengan melaksanakan langkah-langkah yang berpotensi besar seperti pengurusan inovatif terhadap tuaian, pelaksanaan sistem pertanian dan bijirin secara digital dan penyusunan semual saluran pasaran bijirin.

Wakil-wakil dari FAO dan agensi PBB lain serta pelbagai negara dan kawasan telah mengadakan telesidang semalam untuk menyambut Hari Kesedaran Antarabangsa tentang Penghilangan dan Pembaziran Bijirin (IDAFLW) yang pertama.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam ucapannya menyeru sedunia bersatu-padu mengurangkan penghilangan dan pembaziran bijirin. 

曹捷