Fikiran Xi dalam Hubungan Luar Makin Sempurna

2020-10-02 14:24:53  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi memberikan taklimat mengenai kehadiran Presiden, Xi Jinping dalam siri mesyuarat peringkat tinggi sambutan ulang tahun ke-75 penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Menurut Wang, siri anjuran baharu yang dikemukakan Presiden Xi dalam Perhimpunan Agung PBB tahun ini telah memperkaya dan mengembangkan teori dan konotasi bagi fikiran Xi Jinping dalam hubungan luar. Pada lima tahun yang lalu, Presiden Xi mengemukakan panduan "lima dalam satu" tentang pembinaan komuniti berkongsi nasib sesaman insan sempena perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB ke-70. Pada tiga tahun yang lalu pula, beliau mengemukakan pelan induk mengenai pembangunan dunia dalam lima bidang ketika menyampaikan ucapan di ibu pejabat PBB di Geneva. Dalam Perhimpunan Agung PBB tahun ini, Xi mengeluarkan "empat iktibar" mengenai pandemik COVID-19. Tiga ucapan penting tersebut menyempurnakan sistem teori pembinaan komuniti berkongsi nasib sesaman insan, memajukan teori diplomatik dan inovasi praktis China. Ucapan-ucapan tersebut merupakan komponen penting dalam fikiran penting Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu serta fikiran Xi Jinping dalam hubungan luar. Ini memberikan pedoman dan sokongan bagi kerja hubungan luar China kelak.

徐国玮