Tindakan China, Pendorong Penting bagi Galakkan Kesamarataan Jantina Dunia

2020-10-03 11:32:01  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan melalui video dalam mesyuarat peringkat tinggi Perhimpungan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperingati ulang tahun ke-25 Perhimpunan Wanita Antarabangsa Keempat pada 1 Oktober lalu. Beliau mengumumkan pelan tindakan China bagi menyokong usaha wanita antarabangsa pada lima tahun akan datang. Ucapan beliau menyuntik penggerak baharu kepada usaha mempercepat kewujudan kesamarataan jantina dan menjamin hak dan kepentingan kaum wanita antarabangsa.

Sebagai negara membangun terbesar di dunia, usaha dan pencapaian China dalam menggalakkan kesamarataan jantina adalah amat signifikan. Negara ini telah menggubal lebih 100 undang-undang dan peraturan untuk menjamin hak dan kepentingan kaum wanita. Sekarang, kaum wanita telah menduduki lebih 40% daripada jumlah pos kerja di negara ini dan perbezaan untuk menikmati pendidikan wajib antara kaum lelaki dengan wanita telah dihapuskan pada keseluruhannya.

Presiden Xi turut mengumumkan pelan tindakan China bagi menyokong usaha kaum wanita global pada lima tahun akan datang, termasuk menderma USD10 juta (RM40.79 juta) kepada Pertubuhan Wanita PBB (UN Women) dan terus menetap anugerah pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita China-Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO). Beliau juga mengesyorkan untuk mengadakan sidang kemuncak wanita global pada tahun 2025.

Ketika menghadapi ancaman pandemik Covid-19, adalah amat diperlukan untuk membina masyarakat antarabangsa inklusif tanpa diskriminasi jantina untuk mengekalkan perkembangan tamadun manusia dan pembangunan sosial secara mampan.

胡星