Xi Utus Kawat Tahniah kepada Halimah Yacob

2020-10-03 13:58:28  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Singapura, Halimah Yacob saling mengutus kawat tahniah semalam sempena sambutan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi berkata, dalam tempoh 30 tahun yang lalu, biarpun situasi antarabangsa berubah, China dan Singapura tetap saling memahami dan sokong-menyokong dan meningkatkan hubungan dua hala berkembang mengikuti arus sezaman. Selain itu, kerjasama antara kedua-dua negara telah melampau lingkungan dua hala dan bersama-sama memainkan peranan di rantau ini dan arena antarabangsa.

Menurutnya, situasi dunia sedang mengalami perubahan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Pandemik COVID-19 masih menular di pelbagai negara. Masyarakat antarabangsa menghadapi cabaran melawan wabak di samping memulihkan ekonomi.

Xi memberikan perhatian yang tinggi terhadap perkembangan hubungan dengan Singapura. China komited berusaha bersama-sama Singapura melaksanakan pembinaan Jalur dan Laluan (BRI) yang bermutu tinggi, memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, bersama-sama memelihara multilateralisme dan perdagangan bebas serta meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara agar memberikan sumbangan bagi kestabilan dan kemakmuran serantau dan antarabangsa.

Halimah pula berkata, hubungan Singapura-China berkembang baik dan kerjasama pragmatik terus diperkasakan. Kedua-dua negara berganding bahu untuk melawan wabak kali ini, mendorong pemulihan ekonomi, kelancaran perdagangan dan kestabilan rantai bekalan di samping meneroka banyak bidang kerjasama baharu. Beliau yakin hubungan antara kedua-dua negara akan mencapai kemajuan yang lebih besar dalam tempoh tiga dekad akan datang.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong pula saling mengutus kawat tahniah atas ulang tahun tersebut.

徐国玮