WHO: Tak Lambat Bertindak Lawan Wabak

2020-10-03 13:56:57  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan sidang taklimat tentang pandemik COVID-19 di ibu pejabatnya di Gevena semalam. Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa masyarakat antarabangsa agar bersatu padu melawan wabak kali ini.

Menurutnya, wabak masih menular di seluruh dunia. Jumlah kes baharu mencatat kira-kira dua juta seminggu dan jumlah kes kematian telah melebihi sejuta. Beliau menzahirkan rasa sedih atas situasi tersebut. Tegasnya, adalah tidak lambat bagi sesebuah negara untuk bertindak melawan wabak tak kira negara itu berada pada fasa apa. WHO akan terus memberikan sokongan kepada pelan tindakan pelbagai negara melalui agensinya di rantau dan negara terlibat. Pengalaman berkenaan akan dikongsi masyarakat antarabangsa. Sekarang tibanya masa kunci bagi memerangi wabak. WHO menggesa setiap pemimpin negara bertindak untuk membendung wabak, menjamin keselamatan sistem kesihatan dan perubatan serta menyelamatkan nyawa.

徐国玮