Jumlah Pemasangan Robot China Terdepan di Dunia

2020-10-06 14:36:32  CRI
Share with:

Menurut laporan yang diumumkan Persekutuan Robot Antarabangsa (IFR) baru-baru ini, jumlah robot yang beroperasi di kilang-kilang seluruh dunia melebihi 2.7 juta pada masa ini dan membaharui rekod sejarah. Ini disebabkan pembangunan industri pembuatan pintar dan automasi.

Menurut statistik, jumlah pemasangan robot di dunia pada tahun 2019 meningkat kira-kira 85% berbanding 2014. Jumlah pemasangan robot di China, Jepun, Amerika Syarikat (AS), Kores Selatan dan Jerman masing-masing menduduki nombor satu hingga lima pada tahun 2019.

Menurut jangkaan IFR, industri robot dunia tidak akan mencapai pertumbuhan pada tahun ini akibat kemelesetan industri pembuatan kenderaan dan elektronik serta impak pandemik COVID-19. Namun China, satu-satu negara yang mampu mencapai pertumbuhan dalam sektor tersebut.

徐国玮